Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAl 8 :PEMBERHENTIAN, PEMECATAN DAN DISIPLIN AHLI

    8.1  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli PERTUBUHAN hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan menjelaskan segala hutangnya.

    8.2  Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang PERTUBUHAN atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik PERTUBUHAN boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.

    Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab yang boleh membawa kepada pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.

    Pemecatan atau penggantungannya itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.