4.1 Tujuan PERTUBUHAN ialah menolong ibu atau bapa yang dialienasikan daripada
anak-anak mereka
4.2 Membangkitkan kesedaran melalui forum, media massa dan lain-lain cara mengenai tindakan alienasi
ibu atau bapa terhadap anak-anak dan kesan-kesan negatif tindakan ini dari segi tumbesaran emosi, mental dan sosial
anak-anak.
4.3 Membangkitkan kesedaran mengenai trauma emosi kanak-kanak yang tidak dapat mempunyai perhubungan biasa
dengan ibu atau bapa mereka.
4.4 Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan perkongsian tanggungjawab kedua-dua ibu dan bapa dalam
tumbesaran fizikal, mental dan emosi anak-anak walaupun terdapat masalah rumah tangga, kes perceraian dan/atau perpisahan
dan pandangan berlainan.
4.5 Membangkitkan kesedaran kepada para peguam dan badan-badan yang berkaitan mengenai alienasi
keibubapaan.
4.6 Mengkaji dan mencadangkan pembaharuan undang-undang yang mengalienasikan ibu atau bapa daripada anak-anak
mereka.
4.7 Untuk mencapai tujuan/matlamat PERTUBUHAN, Jawatankuasa boleh membenarkan aktiviti mengutip derma,
menerima sumbangan, mengadakan program seperti menjual buku, mengadakan forum, kursus untuk menjana pendapatan
PERTUBUHAN dengan syarat-syarat kebenaran pendaftaran pertubuhan dan atau agensi berkenaan.